Sunday, December 19, 2010

Dapat Patin 1.95 kg!!

Pagi tadi aku pegila memancing ngan Yang Lanang (pak mertua) dan Paman Ley (abg ipar) kat kolam warga emas, seksyen 24, shah alam. Ini trip kedua aku pegi pancing kat kolam tu. Hampir tiga jam menunggu, ikan hanya langgar tali je. Geram gak bila dengar bunyi 'katak' dari pancing orang lain. Sabo...sabo...huhu...

Lagi 15 minit nak abis and baru je pas anta sms kat wife suruh doakan dapat ikan, tup tup...pancingku direntap!. Apalagi, aku pon sentap la pancing tu. Malangnya tarik punya tarik, ikan terlepas huhu... Aku pon gulung la balik pancing aku dengan hati yang tersentap. Rupa-rupanya, rezeki lom putus lagi di mata kail, ikan masih lagi sangkut. Aku pon tarik la balik. Peminat2 mula dtg mendekatiku sambil memberikan tips nak naikkan ikan kepadaku. Maybe diorang nampak sangat yang aku nie baru belajar pancing sebab kena tegur pegang pancing tak betul hihi...malunya!

Akhirnya ikan patin menjadi mangsa pertamaku. Berat 1.95 kg! Nampak cam kecik tapi nak menaikkannya siksa sungguh. Sampai sakit lengan dibuatnya. Camna la org yang naikkan ikan 7, 8 kg tu eh? Aku hampir menamatkan karier pemancing yang baru je start nie coz dah tiga jam tak dapat ikan. Tapi dek berkat doa dari isteriku, aku dpt gak ikan di saat2 akhir. Maka selepas ini, karier dsn hobi baruku akan lebih maju ke hadapan hihi... Alhamdulillah...

Wednesday, November 24, 2010

Alhamdulillah....

Ari nie rezeki agak murah skek. Kak Raden belanja aku beger mekciken. Aku baru je berazam nak kuruskan perut aku nie. Tapi orang dedulu pesan, "rejeki jangan di tolak". Tolak batu ngan kayu jer haha...

Apapun, tengkiyu Kak Raden. Len kali bole le belanja lagi eh? Hihi...

LETIHNYA....

Semalam pie pusat akuatik. Perghh!! Dah lama bebeno tak berenang. Mengah gila siot! Apa taknya,perut makin maju ke depan hihi...
Pasnie nak jadikan aktiviti swimming nie rutin hari selasa ngan jumaat. Ye ke? Ke ye? Ntoh ler...

Friday, November 19, 2010

Jom angkat keta baru haha...


Bila tengok design alza nie, rasa camnak sambar je satu. Tapi ongkosnya lak tak cukup. Mana nak beli rumah? Mana nak beli keta? Huhu... Skang nie cuma boleh mengidam je la. Ada tak sesapa yang nak sponsor aku keta nie hihi...

Wednesday, November 10, 2010

Akhirnya haha....


Haha..akhirnya tau gak aku camna nak letak gambo dlm post. Sarkes betul! pasnie makin banyak la post2 menarik yang akan aku letak hihi...

Monday, October 4, 2010

Nak bagi hadiah apa eh?

Tinggal lagi 9 hari untuk aku cari hadiah besday yang best bangat buat isteriku tercinta. Next week 13 Oktober, bakal menjadi saksi samada dia suka ke tak hadiah yang aku bagi tu huhu... Bukan apa, besday aku tawun nie, dia bagi hadiah best giler kat aku.
Fenin..fenin...

Friday, October 1, 2010

Tetiba jer...

Tetiba jer idea nak wat blog datang balik. So, aku pon try la nak wat blogspot punya akaun. Rupa2nya aku dah wat dah sebelum nie. So, starting from this moment, i'm the blogger haha...

Saturday, March 28, 2009

hi there...baru nak start wat blog hehe...